30 January 2012

Sepupu ♥ *short entry*

Assalamualaikum.....

Peribahasa harini : ''carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum jua''

Sebab apa? Sepupu aku ni haa kemain lama tak jumpa then tiba-tiba nak masuk asrama. Erghh geramnya rasa nak cubit-cubit je haha. K lepas jumpa tadi tak ready tak apa. Haihh saya belum mandi mana taknya balik terus online. Kan mak dia dh takde so macam kena jaga baik-baik ni haha.

Haa dia baru balik just now just now tuu :'( Sedihnya bila lagi dapat tengok dia. #sadlife hmm. K jgn merepek. Ceritanya camni. Mak dia meninggal tahun lepas, sangat sedih sangat3 lah. Yelaaa muda lagi dah takde mak. Adik dia tu lah tahun ni darjah 6 kot. Tapi, ajal maut kan. Arwah pun dah berkorban utk keluarganya yang tercinta. 'Dia' sanggup tahan derita 3 tahun kanser payudara tak pergi hospital langsung. Hmm :'/ Sakit tahu tak sakit tu ! Akhirnya, hmm takpayah cakap la. Terima dengan redha~

Anak perempuannya tu lah sepupu kesayangan tu. Dia yg jaga makan minum abang-2 dgn bapak dengan adik lelaki dia tu. Lepas kejadian itu, terlalu lama dia tak balik rumahku syurgaku ini untuk berjumpa kami sanak-saudara kerana ayahnya yg busy kerja cari duit untuk anak-anaknya. Hmm ok that's all.


 Haa comelkan comelkan? *goyang kaki*


Amboii tu diaa orang ajar guna dslr dia posing ehee. Rindunya sigebu ni >.<

Haha k assalamualaikum. Dia dah balik dah~

Merci Je t'aime :3

29 January 2012

Wonder why :/

Assalamualaikum.....

Peribahasa harini ''bagai mengajar buaya berenang''
Bermaksud : Bertanya benda yang telah diketahui jawapannya.

Haha kenapa? Sebab aku selalu tanya benda-benda pelik yang memang aku dah tau jawapannya. Aku taknak jawapan yang logik macamtu tapi aku nak tahu jawapan dan sebab lain. Faham?

Cerita harini, ada orang tu selalu tanya dekat aku ''kalau ada relationship, awak(merujuk diri sendiri) akan dapat apa? Kita kan belajar lagi.''. Seram sejuk nak jawab. Mestilah happy ! Atoto tapi aku faham kenapa orang tu tanya. Dia nak perli je tu. Okaaay setelah berbulan-bulan mencari kesimpulan, kini aku dapat terima. Relationship memang happy, tapi banyak habiskan duit, bila text tak dapat apa.  Banyak lah lagi. Tapi relationship tak selalunya negatif. Ada positifnya jugak. Kalau dah jodoh tak kemana lah kan. Dah ada relay tu bersyukur sebab dapat perhatian, kasih sayang, lagi apa tak cukup haa? So, ILOVEMYMOM hehe ^^

Cerita kedua, aku yang bertanya ''kenapa gambar sexy orang-orang pandai boleh kecoh sampai masuk tv padahal itu memang cara hidup dia kan, habistu gambar budak-budak bawah umur yang kurang sedap dipandang dekat social network kenapa tak masuk tv semua kecohkan je? Hm kenapa yang pandai yang kena? Kan dia pandai.'' Persoalannya yang aku sendiri tahu jawapannya. Mestilah sebab dia femes ! Satu M'sia tau dia pandai mesti lah baik budi pekertinya haa. Tapi, gambar 'budak-budak bawah umur' tak dikecam orang pulak sebab kita orang biasa haha. Bodohnya persoalan kalini. Kesimpulan aku dari persoalan ni, yang pandai tu akan sentiasa disokong dan dikawal dibanggakan haha. - Okaay maaf jangan terasa. Aku backup dua-dua pihak teraniaya. Tiada kaitan dgn mana-mana.

Cerita ketiga, lokasi kenduri kahwin 'Puspanita Putrajaya'. Anak bertanya ''Ma, itu kereta BMW kenapa mahal kemain? Padahal biasa je macam kereta waja body dia lagi lawa kereta kite ni. Kan? Kalis peluru ke? Atau tahan kemik? Tak lawa lah kereta BMW depan ni -,- baik beli ferrari boleh racing.'' Lalu ayahnya pun bagi soalan lain. ''Cuba kau nak beli kamera kan, kat situ ada Nikon dengan Kodak je. Kau pilih mana lagi murah?'' Ye ayah, anak itu tahu jawapannya. Hehe sebab Nikon tu berjenama lah kan Kodak tu nak kena beli dia punya benda alah yang kecik tu. Lagipun benda murah kan. Haha sah bunguk soalan anak tu. BMW tu berjenama dah tahu tapi ditanya. Kan jenama luar negara dekat tempat bernama 'Auto Bavaria'. Haa macam kereta Proton dekat luar negara. Mesti mahal sebab kereta import. Kesimpulannya, nak beli sesuatu kena buat pilihan dengan tepat.

Okay, Amilya still wonder why nakkan jawapan luarbiasa dari soalan yang biasa. Macam Fizik. Kenapa jadi? Jawapannya ''Kerana semua dicipta oleh Tuhan Yang Maha Esa''. Sekian (:

Semua pembaca, jangan lupa solat ye. Kecantikan semulajadi boleh didapati selepas anda berwudu' dan bersolat. Amin.

Merci Je t'aime :3

27 January 2012

Pogoshipo #

Hmm memang harini ''hari couple gaduh'' sedunia ehh? Atoto means aku tak gaduh laa~ Aku single je 'kot' hmm hehe.  Mula-mula aku then Paos sekarang? Entah siapa mangsa dunia ok stop it liyaa amim dah menggila.

Hmmm peribahasa harini "bagai pungguk rindukan bulan". Saya rindu awak *garu kaki*
Orang dah buat perjanjian kita mesti tepati kan? Haritu A dah boleh tahan dua hari sebab maruah sebagai seorang perempuan. Tetapi, D text dia bertanyakan khabar. SO apa lagi berbunga lah hati A mereplynya. Hmm hari-hari text tapi nampak macam tak ikhlas samada dia ni betul-betul rindu atau tak en sebab janji tu je. aihh susah nak faham dia ni. Kadang-kadang gedik kadang-kadang garang. Lifeless -,-'

Omo ! MBLAQ ehh ada BOYFRIEND jugak ! Hehe #dahlama tak uptodate kpop. Kiwii yaa~ Comelnya Kwangmin *guling-guling*

Biasanya D online senyap2 macam A selalu buat ahh kan malam-malam cenggini untung ahh pakai corby sekarang *jelly* Tapi, tadi A dah bodoh sangat call text dia pehal doo? Haih kang dia fikir A tak matured. Petang tu pun takdir menemukan hihi ^^ tak sangka pulak dia kejar tanya soalan yang mengharap dengan mata *kelip-kelip* tak pandang depan sayu kecomelan terselah bibir tertutup rapi pink gitu pipi gebu semacam -- *kena angin*  arghhh sah A angau sangat ni. Gedik gilakayu # A taktawu nak kata apa cuma isyarat mata sebab dah sampai tempatnya pun. So the end like that. Sejak pakai fon corby awak tu, A text tak pernah nak reply. Oh man, youre broke A's heart baby :'/

Kesimpulannya, cerita aku malam ni agak serabut sikit takpayah faham. Objektif utama, hmm SAYA NUR AMILYA *nama ayah dirahsiakan atas sebab tertentu* sangat rindukan MUHD AIDIL BIN *dirahsiakan* maaf aku tak kuat dan melanggar janji kita. Walaupun yang terbaik tapi entah kenapa. Terima kasih sebab tegas and teguh dengan janji kita. Kau memang lelaki tak langgar janji. 

2AM : Still awaiting heart to peace (Y) *like crazy-2am*
Benci? Taksuka? Omo semua benda tu mengganggu lah haihh. Penat A menangis dalam hati di siang hari. Malam hari pula membasahi cadar warna kuning *lap air mata* Dah kata dah hati lelaki tak boleh dipaksa nanti mereka tak suka ! Ini degil ! YaAllah aku cuma pertahankan maruah sebagai seorang perempuan :/
Awak, saya rindu awak :'/ dari awal tahun haritu kita tak pernah dekat pun duduk sebelah sekali je haihh. Sekarang, kau dah tidur lah tu. Penat. Aku dah macam langau *shhh shhh* asyik nak mengacau je. Kalaulah aku dapat karok hari-hari boleh je lupakan kau en. Please, go away from my heart shuhh shuhh. Hehe I can't love :( Dunia sekarang, PERIGI CARI TIMBA ! Kesian aku haha.
 
YAY ! MBLAQ dah start apak hensem Mir >.<

Okaaay, kembali cerita asal. Maaflah entry kalini merepek2 takde ilmu pun. Nak release tension je. I have to wait another year to get back to you baby :/ *waiting again* Hmm can I? Answer it please :/


 
Assalamualaikum, nanti sambung lagi ye nyahh~ Out of idea dah -,-
*cubit cubit rambut*

Merci Je t'aime :3

25 January 2012

Trouble Is A Friend.

Yeaah yeaah yeaah. Today peribahasa, bagai isi dengan kuku.

Ehem kenapa? Sebab aku rindu doo dengan sorang kawan ni hmm time sekolah tak ahh rindu sangat tapi jelly pulak enn bila dapat tahu dia ada kawan baru yang cool lagi ehm best gitu, cun cun lagi dah boleh kata macam satu famili. Huyoooo untung ahh dapat kawan baru best doo~

Dia tak lupa kitorang yeaah baby i love you so muchie lah girl. Tapi, kau kan suka kecoh kecoh cerita nak bangga pasal kitorang kalau boleh nak kasi tawu satu dunia yang kitorang ni hebat. Bangga doo kat sini sobsob. Hmm kan bagus kalau kat perhimpunan hari hari kau bebel cakap pasal yoseobie kau tu haha then tak pernah nak serious even belajar pun. Kan? Atoto

Hehe but, past is past. Let bygones be bygones #teacher sarkuna lesson ehem.
Okayy baby I miss you so much !

     
Merci Je t'aime :3

19 January 2012

When it comes to sixteen.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera~
Peribahasa harini ialah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tak berkaitan pun -,-

Dulu tengok budak jadi form4 macam senang kacang je takpayah fikir masalah semua. Sekarang baru tahu rasanya bertambah lagi kemalasan dalam diri sendiri yang semakin memberat --'
So-so, keawalan nya itu, nampak senang je ambik mana-mana subjek pun. Asalkan boleh bawak. Tapi, hati ini meronta dan keliru adakah pilihan ini benar atau tidak benar? At least! Bertapa juga di aliran sains. #Fakta, liya takde cita-cita yang jelas selain cikgu :3

Lifeless :'(
Cikgu, kalau boleh saya nak tukar kelas omega boleh? Saya suka art hmm. Semua aliran sama je kan. Ada peluang ada kelebihan kan? Okaay stop it liya jangan jadi gila la la la~ Adik-adik luar sana, ehem kakak nak nasihatkan belajar betul-betul lah. Nanti ada peluang banyak. Jangan jadi macam kakak -,- pfttt tensyen memanjang. Haha.

Kdahh tatao nak kata apa. Ohh ye, lelaki tu comel >.<

Assalamualaikum, tata
Merci Je t'aime :3

1 January 2012

Bestfriends :*

Assalamualaikum, peribahasa harini 'bagai isi dengan kuku' .

Sebab, kita ada buah hati nama dia : Yang Amyra Mazli | Zahirah Othman | Afrina Zailani | Kerry Nadzir | Faros Fadzira | Zafirah Zaidon | Izzati Suhaimi | Izzati Yazid | Farhana Sharieda

Tiba-tiba rindu dekat diorang. Yelah lepas result keluar semua macam ada yang rasa rendah diri. Result tak sama en. Hmph :'/ Bila dah nak start sekolah ni kan kita teringat time makan tepi padang tu. Bawak bekal masing-masing, share lauk. Ahhah 'sardin' aku ingat tak? Sedap en :'> Afie lah kata aku tak reti masak ! Dia lagi ahh masak nasi je kan kan? Ish marah ni. Lepastu 'konon' kata nak merentas desa tu lari sama-sama padahal aku lari dulu haha. Malas lah korang lambat sangat.

Lagi, yang kita tersadai dekat tepi tembok bangunan A tu? Ada Harith* datang tegur Fana. Haha comel >.<
Kamus yang Fyna beli tu ada perkataan korea. PURIYA PURIYA ! Hahaha. Dekat kelas atas pulak, hari-hari dengar lagu patriotik dari sekolah sebelah. Rimas gila. Soo dah terikut sangat lagu patriotik hari-hari berdesing dekat telinga, time sekolah 'kesayangan' kita semua nyanyi lagu apa tah angkat bendera besar tingi-tinggi dengan penuh semangat xD

Lagi? Ohh yang kita merayau mekdi tu. For the first time ada Nikon D3100. Hewhew :3 batak gila buat sepah kat mekdi macam orang gila. Atoto. Then, kita lepak rumah Fyna, buat macam rumah sendiri lari sana lari sini atas bawah. Makan sama-sama dekat dapur elegan dia tu. Fuhh, best (Y) Lepastu photoshoot dekat belakang rumah haha. Ada lagi yang kita karok tu. Sampai hilang suara. Ish -,-

Aku lupa lah --' lagi apa?

Time exam, lepak surau. Lepak bawah pondok depan kelas. Hari koperasi tu :'> Dalam kelas. Ahh btw aku rindu gila dekat korang lah senang kata :') Oh yaa yang pergi apa tuh rumah Fana. Makan banyak-banyak main dengan adik Aiman Alif dekat rumah dia. Makan spagetti. Feww rindunya. Team bola jaring kita tu yang hampir nak menang wuu semua kaki nak luka. Yang 11 haribulan 11, korang cun cun. Conteng baju sekolah macam budak-budak.

And last, KITA BASAH BERSAMA :')

Act banyak lagi lah kan. Selama ni, aku sayang korang semua.

                                                                   


  Iloveyou all muah :*

        
Merci Je t'aime :3