21 December 2012

A confession


Assalamualaikum & Anyeong people.

Look at that beautiful Lee Gikwang aaaaaaa. Harini mungkin hari bersejarah bagi seorang fangirl yang sangat beruntung. Ahahaha dah kenapa sekarang ni dia tweet gambar dia jumpa Gikwang dekat Cube Studio. Congrats ya sebab berjaya realisasikan impian. Wuaaaaaa cemburunya gitu~

/nangis dalam hati/ selalu tengok gambar fan dengan bias diorang tak kisah lah sangat macam fangirl arab haritu jumpa Ilhoon then macam untunglah dia. But this heartbroken habis. Melayu lepastu perempuan pulak tu. Hahahahahahahahahahahahahahahahaha /mental breakdown/ Fangirl tu siap buat surat dalam hangul dengan harapan dapat jumpa bias dia & those thing really happened. Ya Allah............

Nasib baik takde b2uty yang bash dia melebih-lebih. Cuma.....hilang mood sekejap lepas tengok gambar tu betul-betul and stalk habis-habisan fangirl tu. I AM HERE HEARTBROKEN NOW. Act Lee Gikwang bias first kita. Sayang gilaaaaaaaaa dia. Macam kerry cakap kadang-kadang kita macam ada hati dekat bias eventho' kita cuma minat. Yepp like Im loving my monkey bear. Hahaha.

Masa darjah 4 cousin kakak-kakak semua on tv tengok winter sonata. Darjah 5 pulak kakak sebelah ajak tengok My Girl sampai subuh nak habiskan semua episod cepat. Darjah 6 pulak kakak Nani tunjuk SuJu. Form 1 tetiba Afie kenalkan BigBang dalam waktu yang sama fangirling 2pm. Masuk form 2 tengok Beast dekat epop dengan Mubank ahahaha lepastu kutuk habis-habis kata ''banyak betul rookie group dah macam banjir'' Tapi lepastu lekat dengan Beast sampai sekarang. Semua sebab Bad Girl -..-

First time jumpa Lee Gikwang hehe // flips hair// nampak dia dalam tv tengah menari wuaaaa focus hidung dia ahahaha lepastu orang kata bibir dia sexy. Terus on laptop search segala benda about Beast. Hahahahahahahahaha I'm oficially b2uty now! Proud. Mintak kak Nani gambar GK nak simpan dalam phone. Download semua lagu beast *now playing-on rainy days*

Sekarang dah 2 tahun setengah semenjak hari itu :b Dah besar kot nak capai impian. I have plan many things nak pergi jumpa mereka. Awwwh just need a few effort. In Shaa Allah akan sampai ke sana suatu hari nanti. About gambar fangirl tu okay Im alright now. Saya okay. Dia ada peluang untunglah. Tahniah lagi tau kita share sayang dia.


Awwwh look at Hyungsik's sexy aegyo //touch screen//

2nd Confession.

Cuti tahun ni banyak mengajar kita tentang kasih sayang. Yepp love. Allah dah tunjukkan hikmah. Someone told me, ''mungkin saya, kawan-kawan awak tinggalkan awak. tapi keluarga tak pernah tinggalkan awak. Percayalah.''

Dalam menempuh hidup remaja yang akan tamat tak lama lagi //scream out to seventeen// now kita prefer baik korang spend time dengan family. Best! Takyah fikir masalah lain about lelaki ke hati ke apa ke. Bukan jealous tapi hati lagi tenang. Dekatkan diri kepada Allah In Shaa Allah, Dia akan mendengar kita tak kira susah atau senang. Dalam beberapa tahun ni kita dah perhatikan parents & cuba memahami perasaan diorang. Adalah faham jugak tapi malu nak tunjuk yang kita dah matang dekat parents. Malulah hehe

Bila tengok susahnya jadi ibu rasa macam nak tolong tapi perasaan nak luahkan apa yang kita faham dekat mama tu tak terkeluar hahahaha. Still rasa takpe mama faham kita kecik lagi. Euww kecik apa dah besar takkan tak matang lagi annoyingnya anak macam ni. Hahaha. Semua parents mengharapkan terbaik dari anak mereka kan. Tapi tak semua orang dikurnia IQ dan pemikiran yang sama. Ada yang kurang ada yang tak sempurna.

Perasaan antara anak perempuan dengan ibu susah nak diluahkan tau. Susah sangat! Rasa bahagia tengok mama bahagia dari jauh cukuplah. Asalkan dia tak sedih! Anak perempuan dengan ayah pun sama. Nak tunjuk sayang tu tak tau lah macam mana ugh. Terharunya bila ayah buka pintu bilik tanya tak tidur lagi sambil senyum. Cehh comel.

Bila hidup takde phone rasa macam krik krik tapi sekarang dah biasa. Tak berharap & tak terjenguk-jenguk phone. Biarlah saya hidup diam-diam dengan family dekat sini hehe. Adik-adik semua semakin membesar. Cuba memahami erti kehidupan. Seronok rasanya bila boleh lead diorang jadi budak baik awwwh kakak terbaik lah tahun ni. Ada kawan nak gaduh/nak cerita/nak lepas geram/nak pinjam bahu/nak gelak gila/nak tunjuk taiko/nak jadi mcm budak-budak/nak buat teman tidur/lagi apa aaaaaaaaaaaa.

To My Great Aunt:
You such a great mom to yr daughters. Lead them to be better. Youre the best/cool/rock/chill. Comelnya bila cik aah sedapkan hati tasya macam tu I jealous tau haha. Mama pun ada buat jugak :b Takpe, dunia adil pada kita kalau kita adil pada dunia. Sincerely yr niece, the best Ahli Falsafah.

Okay Liya harap Liya dapat jumpa Lee Gikwang. Buat masa ni saya tak abaikan awak lagi wahai Kiki. Kemudian saya akan cuba menjiwai Lim Hyunsik. Nampaknya dia sangat cool & kelakar ya! Ahahaha yepp forever Cube Ent. //kiyomi aegyo// Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~



Merci Je t'aime :3

18 December 2012

Ambitious teen.



Assalamualaikum & Hello people.

Eighteen of December :

Yeah I have done this year study overall. Harini pun last day tuition aaaaa lepasni heaven lah.Bila fikir balik, dulu selalu fikir serah je lah takdir nanti besar nak jadi apa. Haih teruknya even dah kena ceramah before masuk form 4 dulu. 

Act, I have my own ambition too. ''Interior designer'' great isn it? Since I love to draw. But naaaaah now study pure science & lebih menjurus kedoktoran. Mungkin....nanti boleh study asas lukisan balik dekat 'u' kan? Hahahahahahahahahahaha okay sudah menyesal.

Melukis itu hobby. Career? Ayoyoyoyo pening lah nak fikir. But surely nak try graphic design omo. Excitednya nak habis spm. Habistu acane dengan biology dah ah habis memahamkan eh tapi takpa jugak aaaaaa physics pun best sebenarnya tapi selalu failed. Nasib baik PAT lulus. Alhamdulillah. Chemist takpayah cakap lah. Me is frustated with it.

Sir Murali ada ajar about nuclear reactor & now baru faham. Ada jugak easier way nak buat graph. Aaaaaa tajuk apa eh form 5 tu. I thought I cant carry all of that subject. But lucky me semangat tu ada nak berjaya hahahaha annoyingnya. 

Mrs Vaneesh told, we unique because we are different. Love yourself and be grateful on what we have. Okay ni tajuk Variations, biology. Muahahaha promote habis. Chemist pening sikit lah. I need cikgu Keti right now. Dengan dia je boleh faham TT

Dear 97's esok result nak keluar dah jangan stress sangat tau. Semua benda ni proses biasa dalam hidup yang semua orang akan lalui. Be chill and positive. Accept the result. Its how you have done few month past. Nak masuk sekolah apa ambil aliran apa semua lepasni. Now angkat dua belah tangan dan doa. Solat hajat minta ditenangkan hati.

Bila dah terima keputusan dengan redha, fikir masa depan tapi jangan yang jangka panjang punya hahaha nanti pecah kepala. If you really love to discover science world, then do it. Jangan tergesa-gesa & surely plan betul-betul before make a decision. 

Bukan apa, ada sesetengah student tak mampu nak bawak aliran ni sebenarnya. Bukan senang tau, susah sikit lah kalau sekali stop susah nak kejar balik. Kalau rasa tak mampu, jangan try even once. Padah diri sendiri. Kalau dah terlajak takpe just go on & mesti boleh buat semampu habis.

Ada some parents yang nak anak dia straight A's in spm kan. Haaaaaaaaaa kita dah try sampai PAT but this is all I got. Alhamdulillah but still yang 4 killer subject tu takat C grade. Nowadays frasa ''belajar untuk mendapatkan ilmu'' macam dah pupus. Mostly study for exam. Did you see it? Frustnya macam ni. Contohnya masa spm addmath dapat A grade then masuk university hampeh. A yang kita dapat tu kita kena pikul sampai mati bukan setakat spm. Dah pikul A tanggungjawab lah kan. Hahahaha

Junior, lets meet next month. You will go through like us. Feel the experience being sixteen. I suggest pure science to people who dare to face challenges. To those who really hear your soul, think carefully & enjoy your life! Leggo face the world bravely. In Shaa Allah.


Happy 24th Yong Jun Hyung ahjussi.


I wanna really speaking today hehe. Ahh malaslah huh. So what date is today(semalam) hahaha I almost forgot hm.Its 18th Dec. Mianei Yong ahjusshi :(

#24thYONGJOKERsDAY. Saengil chukae. Chukae chukae! Saranghamnida! Wish for yr happy day, sleepwell, keep on hardwork, stay forever with beast members & stay love us, b2uty. Had a great life ya. Sincerely, one of yours. Hehe

*turn on loud volume good night by c-clown*

Jaeljega. Assalamualaikum.


 



Merci Je t'aime :3

16 December 2012

Weekend





Assalamualaikum.

First : Misya Radiya
"Friendship is like dog & cat" hehehe. Takda pun frasa tu wujud sebenarnya. Lol. Cuti tahun ni kurang kegembiraannya and semangat pun takde sebab next year spm spm spm SPM ! Ahahaha gelak sedih. But lucky me dah prepare sikit. Tu baru namanya semangat.

Biasanya tiap tahun ada event dengan family belah ayah but this year rasanya macam setiap hari duduk rumah. Ayah lepas sihat kerja kuat sehabis boleh. Event yang paklong ke pak lang ke sape ke buat semua tak pergi. Haish. Gwenchana appa.....liya faham. 

Okay stop. 12.12.12 lepak rumah nenek sampai malam then diorang ajak tidur sana but me erghh entahlah kenapa taknak. If boleh nak stay dengan mama ayah time birthday. Gedik much. Tak buat apa pun dengan diorang but malam tu main dekat whiteboard atok dapatlah MISYA RADIYA yayy! Hahaha apa tu? Mimi Tasya Athirah Dibah Liya. Btw kak nani tak terkecuali.

''MR'' is the best cousin I ever had. Daripada tahun tahun tahun lepas or patut kata since lahir? Comelnya kitorang *menguap* awwwh banyak sangat kenangan lah sampai takboleh nak nyatakan. Bila jumpa tasya dengan thira habis gila, jumpa mimi pulak pun sama gila. 3 ekor tu memang. Tapi jumpa liya.........semua buli huh keluar tanduk ekor korang semua benci betul. Jumpa adibah pulak mesti cerita non-stop. Sama gila jugak semua. Gila~ 

Sukan kebun/mandi sungai/mandi kolam/raya/pergi pahang/bukit jugra/morib/tengok wayang/lepak rumah paklong/ayah excident/hospital/ICU/berkelah dalam ward/raya haji/aaaaa apa lagi aku tak ingat ah *baling kerusi*

Adibah Kak Nani Tasya Mimi Athirah lets be together till old ok? In shaa Allah. 



Second : Oh dad________________

Ayah ayah ayah ayah. Lepas semua benda tu jadi banyak side ayah yang liya nampak. Hahaha since tu liya dah pandai wiring lampu kat rumah, pasang paip, menukang, betulkan itu ini. Adoiyai~ Rajin betul! Tapi....satu je ayah kadang-kadang cepat marah ish. Tak macam dulu yang leklu. Contohnya :

Situasi 1(kedai makan)
*waiter tengah pegang pen. 3 seconds silent.

A : Aish cepatlah order apa lagi tunggu(muka marah)
L : Aaaaa teh o' ais (muka sentap)

Hm bukan apa, kan waiter tu tak pandang lagi. Ada orang lain boleh order dulu why must me first hek sedih ah ceni. 

Situasi 2(gadget)
*charger laptop rosak & tak diketahui puncanya. Ayah dah tau dia cakap liya yang rosakkan semua. Why me, appa? 

*nak charge laptop guna plag banyak tu. Then dah tanya yang lagi satu tempat tu boleh pakai tak. Dia jawab boleh then dah cucuk duduk lah. Suddenly wire charger tu burn siap keluar api fuhh terus tutup plug. Semua orang terkejut & ayah marah lagi. Ayoyo its not me yang buat benda tu macamtu TT

Hahahaha teruknya cerita macamni. But ada side ayah yang cool gila. Tak marah-marah tetiba. Dia suka rumah bising dengan suara Aop. The best lah ayah. Daebak. Liya tak kisah kena marah dah biasa. Hahahahahahahaha *gelak fake* 

Tanggungjawab liya sekarang nak protect ayah mama semua. Hehehe macho dok? Ayah panggil liya datang. Yes sir! Okay sampai situ. Time for fangirling oh waeyo esok ada kelas physics chemist aaaaaaaa

p/s : jangan bagitau ayah tau? Diam je janji!

Btw thanks dad for everything. I love you \(^o^)/




Merci Je t'aime :3

13 December 2012

After June





.Assalamualaikum.
After a looooooong time I havent been here.  lama. dan semua tak sama seperti dulu ya. Hehe tapi tetap b2uty. selamanya. dah nama pun fan cube ent. now liya #TeamMelody 
aaaaaa bahagia fangirling dengan diorang ni. lupa semua masalah fuhh-

Tadi 13 December tau bersamaan 29 Muharram '34
I am officially 16 now. dah besar panjang rupanya budak ni 

Everything going well & liya not okay sebenarnya menyesal tak sudah sebab tak pergi 
super asia showcase 2012. ada BToB hm. Itulah tak fikir betul-betul nak tunggu konsert lah bagai entah bilalah diorang nak datang lagi /faint for a week/ 

Hehe nak spread the word ni. Abang hensem atas tu Ray nama dia/Kim Hyun Il.
C-clown members. Comel en. Okay support them!



*Lim Hyun Sik*
Many fans told that Hyunsik look alike Lee gikwang/Beast/ but for me lah yang dua dua bias kita tak rasa diorang sama pun. Itu namanya cinta sejati.Hahaha okay jangan perasan.
Gikwang ada specialities dia sendiri sama juga dengan Hyunsik. Cuma dua dua ada smiling eyes yang sangat menggoda hingga mencucuk-cucuk jiwa. And for sure, Hyunsik is out from any plastic surgery.
Arracchi?
 
Cepatnya masa berlalu liya dah nak masuk form 5. Serious ah. Senior senior senior. Hahhaha
Lepas ayah dah recovered dari accident, family going well sebab ayah tabah & tak pernah nak tunjuk yang dia sakit ataupun mengeluh sebab kekurangan yang dia ada. Selagi dia mampu nak pikul tanggungjawab dia selagi tu dia boleh berdiri. He is my superdad forever!
Eventho' mood dia sensitive sikit sekarang, senang dia naik marah. Apapun ayah tetap ayah. Tak pernah berubah. Hehe 
 
Time tu, ramai orang kata apa yang jadi semua ni ada hikmahnya. Mungkin sekarang liya dah boleh nampak hikmahnya. Allah sayang hambaNya dengan ujian. Benda ni buat family ni jadi lebih tabah. 
See, kuasaNya. Allahuakbar.
 
Its time to back to december. Exam pun 'okay' lah. Addmath tu takboleh blaa.
Im ready from now & will try harder next year. Hwaiting!
 






Merci Je t'aime :3

14 May 2012

Essay on exam.

Assalamualaikum.

''Nah........it just a fiction. Move on babe.'' I talked with myself. Laugh please. Erm...so this 3 weeks I got into big examination. Haha PPT je weh. Taklah besar mana pung. Bila mula melangkah masuk alam baru ni banyak benda baru dan terkena kejutan budaya sedikit muehehe xx

Adalah satu hari tu semangat benar nak jawab exam bm for the first time in form 4. Makaihh memey lomah betoi tangan den. Ingatkan mudah mudah ajo. Tapi dok menuleh sampei tangon cramp. Dah tu cikgu pesan dok jangon ambek questiong satu or dua or tiga, jadi tinggal empat dongan limo ajo tinggal. Den pun buwet loh soklan last.
Back to normal -------> Soalan itu berupa cerita fiction yang diakhiri dengan ayat yang diberi. Aku takde idea ni tapi sempena terindu dekat mama dengan ayah so buat lah cerita merepek pasal family ni. Tapi............tak sempat nak buat dramatik penghabisan yang gempak-gempak macam drama gitu T.T

Sebenarnya nak cerita lain.

AYAM MASAK KICAP 

Suatu hari yang dingin lagi permai, cikgu-cikgu bersedia dengan pisau....parang....minyak....api........
untuk rewang. Adalah beberapa ekor ayam yang selamat disembelih dan di cabut-cabut bulunya. Dekat sana ada yang potong bawang, potong cili sampai berderai airmata jatuh dan sebagainya lah. Dalam 5 jam gitu baru siap semua lauk. Perut pun dah lapar berebut nak makan. Ambik lauk banyak-banyak lepastu cari port. Semua licin.

Tapi.......banyak lagi lauk tak habis. Dengan muka tak malu pergi ambik plastik lepastu  bungkus ayam masak kicap tu. Dua plastik tu. Haha kemprohnya lah~ ''Ini untuk dia. Ini untuk mama'', aku memang suka cakap sorang-sorang.

Lepastu dengan semangat cari getah sampai mintak kat kantin. Taknak dia jatuh kan. Kena lah berkorban :)  Dah dapat terus jalan keluar. Awww kite nampak dia. Fuhh fuhh fuhh nampak kite tak awak? Sini sini ^^ tunggu bas macam biasa. Ayam masak kicap tu still dalam genggaman. Hmm. Dia datang dekat dan dekat dan.....dia tanya kite. ''Ape tu? Untuk awak lah. Ayam masak kicap. Ohh takpelah taknak'' Patah sejuta hatiku x'O kecewanyaaa..............................................................................

Hm, tapi kite nak kasi jugak. Dia kate jangn kesian kan dia sebab tak makan tadi. No......I'm not pity on you lah! He still like that. Taknak jugak. Eh lu pehal? Wa dah kasi ambek je lah takyah nak sopan sopan sangat. Alahai~ Wa watlek lu....malas ah nak paksa lagi. Dah naik bas takde tempat pulak....dia tu pi lah duduk ade tempat tu!

*The moment*
Wa berdiri leklok kat tangga tu pandang luar tengok jalan. Pening wa. Haha aku tengok dia lagi, muka dia :OO malas nak describe. Takpelah takpe aku faham. Taknak sudah. Dalam hati sebenarnya macam taman kena bom. Berkecai kecai fuhhhh........kaki dia jadi tempat sandar pulak. Takyah lah baik sangat awak. Saya boleh berdiri sendiri lagi. Tapi dia buat jugak. Yelah aku kuat ni *lemah sebenarnya* nak jatuh pun tak perasan. Lol.

Dah nak sampai tu aku tanya lah lagi nak tak benda tu? Dia tetap cakap taknak. Haih apelah masalah dia ni? Ish.....pintu terbukak je aku capai plastik isi ayam masak kicap kegemaran dia tu and......tak sengaja baling dalam parit. Hmm

Aku melintas pulak. ''Kenapa aku buang? Kenapa?!!!'' aku lari balik rumah sambil nangis. What the.....kabur mata wa. Haha dah sampai depan rumah cover. Kang mama nampak susah.

''Wa cuma nak dia cakap maaf dan alasannya kenapa tak terima.''

Okay papaii :>
Merci Je t'aime :3

19 March 2012

Mengenangmu ~.~

Assalamualaikum. This would be 'short story' . I hope you enjoy it :>

Part I
''It's been too long.....dah 2 tahun. All the memories I'll keep here, in my heart.'' Keluhku panjang di dalam bilik. Malam ini, seperti biasa aku melabuhkan punggung di kerusi tepi tingkap. Di situ boleh melihat bulan mengambang dan terang. Setitis demi setitis air mata jatuh.....''aku cuba tahan, tapi aku tak kuat. Sangat tak kuat nak simpan beban rindu dalam hati ini. Awak, tolong jangan hilang macam ni. Aku dekat sini terseksa dengan azab kasihmu.''  Aku tidak mampu bersuara lagi dan terus terlelap.....aku harap esok hati aku reda tanpa seksa.

Dengan semangat baru, aku memulakan langkah keluar rumah diiringi doa dan harapan serta tanggungjawab. ''Sekolah! Yes, just being cool and rilex. Fuhh, tak pernah2 aku gelisah nak ke sekolah.'' Aku turun, aku nampak dia....hati aku sabar tapi meraung kesepian. Aku ingin kejar tapi kakiku kaku. Inginku jerit tapi lidahku kelu ibarat terdapat emas di dalam mulut. Namun, apakan daya seluruh tubuhku kaku dan hanya mampu mengikut arus pergerakan orang lain. ''Lupakan Aisyah, just be tough. Don't ever jatuhkan pride kau.'' Berselorohku sendirian. Tetapi, hati aku sentiasa berharap yang dia akan memandang, perhatikan dan senyum sendirian melihat aku. Mungkin..........Seriously aku tak kuat :'( Kaki aku menggeletar tetapi perlu berjalan lagi ke tempat yang ku tuju. Ku gagahkan jua agar tidak jatuh di situ.

Ini peluang aku, tak perlu mengharapkan dia melihat aku. Lalu sini then terus masuk kelas. Ok! Tapi, aku tetap keluar...aku tahu dia akan datang juga. Tak kira apa, dia pandai mencari peluang. Hmm aku nampak dia tapi.....bukan untuk aku mungkin :( Kenapa dia gelak? Senyum? Aku? Hati aku dah tebal diselaputi ketabahan yang tinggi. Susah untuk cair. Susah sangat. Aku benci kau! Benci tersangat!

Sekarang, dia ada depan mata....tekadku malam tadi untuk bercakap dengan dia. Cuma satu perkataan, cukup untuk redakan kerinduan ni....Aku faham, aku obses....kejayaan kau tidak memerlukan aku. Aku terima tapi aku tak faham kenapa perlu untuk larikan diri dari aku? Sampai bila? Selamanya? ''Awak lari...awak tak reply text saya, awak tak angkat bila saya call. Seminggu :'( Mula-mula saya boleh tahan tapi....sekarang awak buat saya salah faham terhadap permintaan awak. Saya keliru. Kenapa awak buat ni semua atas dasar 'sayang' ?

Aku rasa, apa yang dia buat ini betul. Cuma aku yang susah untuk terima. mata tak terbuka luas tentang perkara lepas yang telah terjadi antara kita. Bagi aku senang, sebab hidup aku senang...mampu. Tapi kau? Kau lain...Sesungguhnya, semangat dan kerja keras kau yang buat aku 'respect' kau. Hinggakan aku terpaksa lepaskan kau...sementara menyiksa hati. Sembunyikan rindu.........untuk kebaikan kita. Kalau kau terus layan aku, kata-kata kita cuma jadi kata-kata kosong. Tak jadi apa.

Ya Allah, kau berikanlah kekuatan dan ketabahan untuk terima segala ketentuan-Mu yang sesungguhnya kau takdirkan untuk mengajarku erti kehidupan dan kekuasaan-Mu. Jika dia jodohku suatu hari nanti kau pertemukanlah kami dengan pertemuan indah dan suci. Jika dia bukan jodohku, Kau pisahkanlah kami perlahan-lahan tanpa rasa penyesalan malah membuatku semakin mengingati-Mu. Maka, Kau singkirkanlah perlahan-lahan perasaan kasihku kepada dia dan diganti dengan ketakwaan dan keredhaan-Mu. Amin~

Thanks. Part II coming soon.

.
Merci Je t'aime :3

3 March 2012

Long time ago ~.~

Assalamualaikum......

Sudah lama sekali tak update. Hm betullah orang kata hidup form4 ni busy. Aiseyyman. Penat TT
Hari ini 4 Mac 2012, dan esok adalah hari peperiksaan :oo  Cepatnya masa berlalu. Banyak nak kongsi tapi tak boleh. Dpt buat entry pendek je hm.

1st situation :
Tadi time nak ''study'' ambeklah buku sejarah. Tapi, ternampak pulak berus paint dengan water colour buncho kat atas meja. Aku pun ambeklah kertas sekali. Drawing block hilang pulak. Haih. Dah duduk depan cari newspaper pulak. Haha tangan ni bergerak sendiri tanpa dikawal do ~.~

2nd situation :
Bentang surat khabar semua atas lantai. Bukak water colour satu2. Ambek air dalam botol. Fuhh, sudah lama aku tinggalkan painting ni sebenanya. Boleh entah tak painting lagi ni. Wonder wondering :/ Then, conteng-conteng kertas putih tu dah jadi colourful. Oh man, SENI itu luahan perasaan. Tangan sentiasa bergerak tanpa dikawal. Elok-elok dah okay tapi aku tambah colour gelap-gelap sikit. Buruk, tapi, takpe boleh adjust lagi ni........

I'm out of tension now :')


3rd situation :
Dah takde benda nak buat dan buku teks sejarah yang telah dilupakan dan tidak dibuka langsung terbiar di atas meja maka bermain lah dengan colour merah conteng pipi. Ketika bermain kejar-kejar dengan mastura dia tumpahkan pulak air dalam botol tu. Takguna. Malas do nak kemas mcm ni. Then, letak berus tu dekat air and jadi cmni ! Haha



Alhamdulillah...harini banyak habiskan masa dengan painting. Not baca buku! Haha okay terima kasih (:
Merci Je t'aime :3

3 February 2012

Rotten Apple

 Hi, Im A Rotten Apple.

Assalamualaikum..........page 34 of 366 :

Nak kongsi ilmu ni~ Tajuk dia CINTA SUCI DUNIA DAN AKHIRAT.
Asyik lah entry pasal cinta -,- bosan kan. Haihh tapi ni ILMU. Bacalah kalau sudi. Ehem ehem testing *lap hingus*

Aku ada terbaca majalah orang dewasa, memang tak malu. Mama takde so baca je lah. Banyak tips untuk orang dewasa tapi aku bosan kan. Baca lah kisah orang yang ada problem dengan rumah tangga tu. Last-last ayat dia mak aihh suweeet.

''Kisah cinta kita akan dibacakan dan diperdengarkan di padang Masyar nanti''

Whoaaaahaaaaa. Baru aku tahu. Macam tu rupanya. Cerita rumahtangga tadi tu sebab before dorang nikah, dah terlanjur so macam takde ni'mat bersama. Kena bina kembali lah kan cinta baru? Haha

Angka ''5''

Menurut artikel-artikel yang telah dibaca, nombor 5 bawa maksud perubahan yang besar. Tak kisah lah diri sendiri,alam,masyarakat dan juga dunia. Hebat kan? Perasan tak 2012 tambah semua jadi 5 kan? Sekarang pun banyak negara mengalami perubahan drastik. Haaa, kalau tk perasan jugak, selidik diri sendiri.

Contoh : ''Dari 2010 sampai 2011 semua benda yang jadi tetap sama,cuma sedikit perubahan. Konon lah, 2011 aku niat memang sama tiap tahun nak kelas sama rehat sama dengan kawan2.'' 

Tapi 2012 pulak aku niat lain, konon nak duduk jauh dari mak. Jadi kuat lah bagai. Banyak lagi contoh tapi entahlah fikir sendiri sana. Hehe malas nak kasi contoh. Tak faham punya lahk karang. Rumit hidup aku ni >.< Mana tak nya, tahun lepas bas mara ade je masuk kampung aku sekarang tidak?! errrr susah nak merayau sana sini. Lepastu, sekolah tiba-tiba jadi dua sesi. Lain macam je~

Maaf encik penulis artikel tu, saya menyebarkan ilmu je. Harap maklum.


Rancang tak jadi

Bukan cerita sendiri. Ok tahun ni tiba-tiba je ada majlis entah apa semua sekolah buat. Best jugak tapi ehem sampai aku tubuhkan #IHKBB. Orang tertentu je yang faham. Saya harap dapat enjoy esok :') Haha. Rancang kemain nak ke situ ke mari kan, at least tak jadi sebab apa? Kerja. Oh man i hate it --' Dia yang kata free kan? Sampai aku suruh jugak mak aku jangan datang. Now?

''Awak, esok tak boleh la''
''Kenapa pulak? Alaaa.''
''Kena angkat barang :(''
''Alaa takpelah. Sampai petang ke?''
''Sampai malam. Banyak. Hmm khamis lah eh? Kite pi mekdi.''
''Erm takpe saya faham. Bukan ape. Nak keluar kan susah. Takpelah khamis awak ikut saya merentas desa eh?''
''Haa ok. Jangan sedih tau? Maaf :( saya nak kumpul duit untuk *****''
''Takpelah saya tau. Nanti saya boleh 'menyelam sambil minum air' haha''

Hehe mula-mula aku sedih lah keding, tapi okay je lepas fikir balik kan. Tak kisah pun awak. Masa ada lagi. InshaAllah kita jumpa kan. Haha gedik nyah >.< Itulah! Dah plan yokyok tapi tak jadi tiba-tiba atoto. Memang tkde rezeki nak keluar dengan awak berbaju kurung. #dreaming


Bestfriends is Goodfriends.

Ohyayayaya, tadi makan nasi ayam gelabah gilaaaaa. Mereka lah tu! Nak cepat aje watlek sudah -,- Bila fikir balik, awal bulan ni macam 'everything going smoothly'. Hebat (Y) Fina je tinggalkan senyap2. Yang lain pun ramai yang blahh. Tinggallah yang gila-gila ni kat SMKB tu. Haha, kalau boleh kan kawen sama jantina. Aku memang nak dengan Keciq. Ahhah lesbo. Sebab dari ekcik dok menapak je sebelah dia. Bagai air yang dicincang takkan putus. Mweheehee, gediknya aku >.<  Aku taknak Keciq sengsara and sedih so aku nak jaga dia. Tapi, apakan daya, kita ada matlamat sendiri kan. Kawen dengan aidil je lah :3

Aku memang gedik kawan, hehe suka kutuk korang sebenanya. Dah aku tak suka aku cakap lah kan. Bukan korang, tapi korang #ayat keling. Haa lupa yang conduct kawad tu tu, ewwwww tak semangat aku dah. Geram --' tak suka tak suka. Buang jauh jauh. Sebelum merepek bukan-bukan, ohya lupa nak cakap. Nenek aku Afie, kawen baru, Afnan. Congrates congrates nenek hehe :* sayang nenek nyanyuk aku sorang ni mwehehe.

Okbaii assalamualaikum lagi awak, awak dan awak (:
Merci Je t'aime :3

1 February 2012

Rawak.

Assalamualaikum....harini hendak memperkasakan Bahasa Melayu bahasa kebangsaan kita. Sekian. Peribahasa harini ialah ''jangan disangka air yang keruh tiada buaya''.

Merujuk kepada saya Amilya. Haha. Kejam kan saya? *korek hidung* aku tak tahan lah ayat skema skema ni. Stop it k haha. Cani, harini fikiran ni agak jahat sikit. Memang aku baik baik sangat. Luar je lah. Tapi baik sebab taksuka dia dia dia tu haa. Sebab? Taksuka means tak suka.

Mari kongsi ilmu dan fakta :
1. Pura-pura tak perasan
    - Malas nak tegur orang yang dikenali sebab takde idea untuk berborak. Dah ternampak buat -buat khayal
       buat sesuatu benda atau pandang tempat lain. Kalau dia nampak kita nak buktikan yang dia tu ikhlas
       kawan dengan kita tunggu sampai dia tegur. Tapi, jangan sampai dia perasan kita pura-pura. Kalau tegur
      dia ikhlas baik lah tu. Boleh buat sandaran hati.

2. Simbol protes
   - Tengah semangat nak buat something ne. Macam terlajak perahu tak boleh undur kan. Tiba-tiba pulak
      yang disangka 'seronok' jadi tak. Errr geramnya. Mulalah dalam hati ''benci betul sakai annoying''
      macam-macam bunyi dalam hati. Dosa :/ tapi haihh nak buat cano kan. Dah taksuka. So, tak ikut arahan
      dia lagi bagus. Buat main-main and takpayah serious sangat even tahu benda tu. Itulah PROTES ! Padan
      muka dia ahhhhhhh !

3. Geram
   - Ni kawan yang memang tak pernah jumpa. Sebab? Sosial network ah. Dulu kemain lagi tegur semangat
     kalau boleh setiap kali online akan tegur. Boleh rapat tau. Tapi, ehemm baguslah. Dah terbakar hati
     dengan ni'mat dunia yang sementara, dia lupa kita. Tegur pun dah taknak tau. Tak sedih cuma geram.
     Makan garam bebanyak sanalah. Poyo kan. So, nak tak tension, kite buat taktau je.

4. Terkilan tapi sabar.
   - Manusia berlainan sifat dan personaliti kan. Kalau dah lain memang masing-masing lain. Haha.
     Ini, orang yang senang dapat kawan senang tinggal kawan. Tanpa segan silu dan cemar-cemur.
     Sebab? Peramah sampai orang selesa berdamping. Kalau perlu dia memang perlu sangat tau.
     Lepastu tinggal? Haa bagus sangat. Macam org bercinta jugak laa. Buat org sayang then tinggal.
    ''Like A Stupid''. Yeahh memang jahat mencarut tak manis, tapi itu cuma perumpamaan je *garu kaki*
     Kesimpulan fizikal lah, taktau mentalnya, macam untuk 'kepentingan diri' sendiri. Kan? Sebab nak
     happy kena ada sesuatu, dah dapat nak yang lain kena guna benda lain yang baru, yang lama buang
    atau bahasa baik sikit tinggal. Maaf lah. Jangan terasa. Sedih je. Hmm. ''Habis madu sepah dibuang''


Baiklah........ILMU MEANS ILMU. Banyak lagi nak share. Lepasni ilmu keagamaan dan sejarah pulak hehe. Aku tengah rajin mengupedete *tutup mata* penat tadi koko macam errr -,-' rasa skru kaki ni dah longgar je macam nak tercabut dah. Penat! Hw pun tak siap faham tak faham tak?!

Emosi sering melanda diri. Tata Assalamualaikum :')
Merci Je t'aime :3

30 January 2012

Sepupu ♥ *short entry*

Assalamualaikum.....

Peribahasa harini : ''carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum jua''

Sebab apa? Sepupu aku ni haa kemain lama tak jumpa then tiba-tiba nak masuk asrama. Erghh geramnya rasa nak cubit-cubit je haha. K lepas jumpa tadi tak ready tak apa. Haihh saya belum mandi mana taknya balik terus online. Kan mak dia dh takde so macam kena jaga baik-baik ni haha.

Haa dia baru balik just now just now tuu :'( Sedihnya bila lagi dapat tengok dia. #sadlife hmm. K jgn merepek. Ceritanya camni. Mak dia meninggal tahun lepas, sangat sedih sangat3 lah. Yelaaa muda lagi dah takde mak. Adik dia tu lah tahun ni darjah 6 kot. Tapi, ajal maut kan. Arwah pun dah berkorban utk keluarganya yang tercinta. 'Dia' sanggup tahan derita 3 tahun kanser payudara tak pergi hospital langsung. Hmm :'/ Sakit tahu tak sakit tu ! Akhirnya, hmm takpayah cakap la. Terima dengan redha~

Anak perempuannya tu lah sepupu kesayangan tu. Dia yg jaga makan minum abang-2 dgn bapak dengan adik lelaki dia tu. Lepas kejadian itu, terlalu lama dia tak balik rumahku syurgaku ini untuk berjumpa kami sanak-saudara kerana ayahnya yg busy kerja cari duit untuk anak-anaknya. Hmm ok that's all.


 Haa comelkan comelkan? *goyang kaki*


Amboii tu diaa orang ajar guna dslr dia posing ehee. Rindunya sigebu ni >.<

Haha k assalamualaikum. Dia dah balik dah~

Merci Je t'aime :3

29 January 2012

Wonder why :/

Assalamualaikum.....

Peribahasa harini ''bagai mengajar buaya berenang''
Bermaksud : Bertanya benda yang telah diketahui jawapannya.

Haha kenapa? Sebab aku selalu tanya benda-benda pelik yang memang aku dah tau jawapannya. Aku taknak jawapan yang logik macamtu tapi aku nak tahu jawapan dan sebab lain. Faham?

Cerita harini, ada orang tu selalu tanya dekat aku ''kalau ada relationship, awak(merujuk diri sendiri) akan dapat apa? Kita kan belajar lagi.''. Seram sejuk nak jawab. Mestilah happy ! Atoto tapi aku faham kenapa orang tu tanya. Dia nak perli je tu. Okaaay setelah berbulan-bulan mencari kesimpulan, kini aku dapat terima. Relationship memang happy, tapi banyak habiskan duit, bila text tak dapat apa.  Banyak lah lagi. Tapi relationship tak selalunya negatif. Ada positifnya jugak. Kalau dah jodoh tak kemana lah kan. Dah ada relay tu bersyukur sebab dapat perhatian, kasih sayang, lagi apa tak cukup haa? So, ILOVEMYMOM hehe ^^

Cerita kedua, aku yang bertanya ''kenapa gambar sexy orang-orang pandai boleh kecoh sampai masuk tv padahal itu memang cara hidup dia kan, habistu gambar budak-budak bawah umur yang kurang sedap dipandang dekat social network kenapa tak masuk tv semua kecohkan je? Hm kenapa yang pandai yang kena? Kan dia pandai.'' Persoalannya yang aku sendiri tahu jawapannya. Mestilah sebab dia femes ! Satu M'sia tau dia pandai mesti lah baik budi pekertinya haa. Tapi, gambar 'budak-budak bawah umur' tak dikecam orang pulak sebab kita orang biasa haha. Bodohnya persoalan kalini. Kesimpulan aku dari persoalan ni, yang pandai tu akan sentiasa disokong dan dikawal dibanggakan haha. - Okaay maaf jangan terasa. Aku backup dua-dua pihak teraniaya. Tiada kaitan dgn mana-mana.

Cerita ketiga, lokasi kenduri kahwin 'Puspanita Putrajaya'. Anak bertanya ''Ma, itu kereta BMW kenapa mahal kemain? Padahal biasa je macam kereta waja body dia lagi lawa kereta kite ni. Kan? Kalis peluru ke? Atau tahan kemik? Tak lawa lah kereta BMW depan ni -,- baik beli ferrari boleh racing.'' Lalu ayahnya pun bagi soalan lain. ''Cuba kau nak beli kamera kan, kat situ ada Nikon dengan Kodak je. Kau pilih mana lagi murah?'' Ye ayah, anak itu tahu jawapannya. Hehe sebab Nikon tu berjenama lah kan Kodak tu nak kena beli dia punya benda alah yang kecik tu. Lagipun benda murah kan. Haha sah bunguk soalan anak tu. BMW tu berjenama dah tahu tapi ditanya. Kan jenama luar negara dekat tempat bernama 'Auto Bavaria'. Haa macam kereta Proton dekat luar negara. Mesti mahal sebab kereta import. Kesimpulannya, nak beli sesuatu kena buat pilihan dengan tepat.

Okay, Amilya still wonder why nakkan jawapan luarbiasa dari soalan yang biasa. Macam Fizik. Kenapa jadi? Jawapannya ''Kerana semua dicipta oleh Tuhan Yang Maha Esa''. Sekian (:

Semua pembaca, jangan lupa solat ye. Kecantikan semulajadi boleh didapati selepas anda berwudu' dan bersolat. Amin.

Merci Je t'aime :3

27 January 2012

Pogoshipo #

Hmm memang harini ''hari couple gaduh'' sedunia ehh? Atoto means aku tak gaduh laa~ Aku single je 'kot' hmm hehe.  Mula-mula aku then Paos sekarang? Entah siapa mangsa dunia ok stop it liyaa amim dah menggila.

Hmmm peribahasa harini "bagai pungguk rindukan bulan". Saya rindu awak *garu kaki*
Orang dah buat perjanjian kita mesti tepati kan? Haritu A dah boleh tahan dua hari sebab maruah sebagai seorang perempuan. Tetapi, D text dia bertanyakan khabar. SO apa lagi berbunga lah hati A mereplynya. Hmm hari-hari text tapi nampak macam tak ikhlas samada dia ni betul-betul rindu atau tak en sebab janji tu je. aihh susah nak faham dia ni. Kadang-kadang gedik kadang-kadang garang. Lifeless -,-'

Omo ! MBLAQ ehh ada BOYFRIEND jugak ! Hehe #dahlama tak uptodate kpop. Kiwii yaa~ Comelnya Kwangmin *guling-guling*

Biasanya D online senyap2 macam A selalu buat ahh kan malam-malam cenggini untung ahh pakai corby sekarang *jelly* Tapi, tadi A dah bodoh sangat call text dia pehal doo? Haih kang dia fikir A tak matured. Petang tu pun takdir menemukan hihi ^^ tak sangka pulak dia kejar tanya soalan yang mengharap dengan mata *kelip-kelip* tak pandang depan sayu kecomelan terselah bibir tertutup rapi pink gitu pipi gebu semacam -- *kena angin*  arghhh sah A angau sangat ni. Gedik gilakayu # A taktawu nak kata apa cuma isyarat mata sebab dah sampai tempatnya pun. So the end like that. Sejak pakai fon corby awak tu, A text tak pernah nak reply. Oh man, youre broke A's heart baby :'/

Kesimpulannya, cerita aku malam ni agak serabut sikit takpayah faham. Objektif utama, hmm SAYA NUR AMILYA *nama ayah dirahsiakan atas sebab tertentu* sangat rindukan MUHD AIDIL BIN *dirahsiakan* maaf aku tak kuat dan melanggar janji kita. Walaupun yang terbaik tapi entah kenapa. Terima kasih sebab tegas and teguh dengan janji kita. Kau memang lelaki tak langgar janji. 

2AM : Still awaiting heart to peace (Y) *like crazy-2am*
Benci? Taksuka? Omo semua benda tu mengganggu lah haihh. Penat A menangis dalam hati di siang hari. Malam hari pula membasahi cadar warna kuning *lap air mata* Dah kata dah hati lelaki tak boleh dipaksa nanti mereka tak suka ! Ini degil ! YaAllah aku cuma pertahankan maruah sebagai seorang perempuan :/
Awak, saya rindu awak :'/ dari awal tahun haritu kita tak pernah dekat pun duduk sebelah sekali je haihh. Sekarang, kau dah tidur lah tu. Penat. Aku dah macam langau *shhh shhh* asyik nak mengacau je. Kalaulah aku dapat karok hari-hari boleh je lupakan kau en. Please, go away from my heart shuhh shuhh. Hehe I can't love :( Dunia sekarang, PERIGI CARI TIMBA ! Kesian aku haha.
 
YAY ! MBLAQ dah start apak hensem Mir >.<

Okaaay, kembali cerita asal. Maaflah entry kalini merepek2 takde ilmu pun. Nak release tension je. I have to wait another year to get back to you baby :/ *waiting again* Hmm can I? Answer it please :/


 
Assalamualaikum, nanti sambung lagi ye nyahh~ Out of idea dah -,-
*cubit cubit rambut*

Merci Je t'aime :3

25 January 2012

Trouble Is A Friend.

Yeaah yeaah yeaah. Today peribahasa, bagai isi dengan kuku.

Ehem kenapa? Sebab aku rindu doo dengan sorang kawan ni hmm time sekolah tak ahh rindu sangat tapi jelly pulak enn bila dapat tahu dia ada kawan baru yang cool lagi ehm best gitu, cun cun lagi dah boleh kata macam satu famili. Huyoooo untung ahh dapat kawan baru best doo~

Dia tak lupa kitorang yeaah baby i love you so muchie lah girl. Tapi, kau kan suka kecoh kecoh cerita nak bangga pasal kitorang kalau boleh nak kasi tawu satu dunia yang kitorang ni hebat. Bangga doo kat sini sobsob. Hmm kan bagus kalau kat perhimpunan hari hari kau bebel cakap pasal yoseobie kau tu haha then tak pernah nak serious even belajar pun. Kan? Atoto

Hehe but, past is past. Let bygones be bygones #teacher sarkuna lesson ehem.
Okayy baby I miss you so much !

     
Merci Je t'aime :3

19 January 2012

When it comes to sixteen.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera~
Peribahasa harini ialah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tak berkaitan pun -,-

Dulu tengok budak jadi form4 macam senang kacang je takpayah fikir masalah semua. Sekarang baru tahu rasanya bertambah lagi kemalasan dalam diri sendiri yang semakin memberat --'
So-so, keawalan nya itu, nampak senang je ambik mana-mana subjek pun. Asalkan boleh bawak. Tapi, hati ini meronta dan keliru adakah pilihan ini benar atau tidak benar? At least! Bertapa juga di aliran sains. #Fakta, liya takde cita-cita yang jelas selain cikgu :3

Lifeless :'(
Cikgu, kalau boleh saya nak tukar kelas omega boleh? Saya suka art hmm. Semua aliran sama je kan. Ada peluang ada kelebihan kan? Okaay stop it liya jangan jadi gila la la la~ Adik-adik luar sana, ehem kakak nak nasihatkan belajar betul-betul lah. Nanti ada peluang banyak. Jangan jadi macam kakak -,- pfttt tensyen memanjang. Haha.

Kdahh tatao nak kata apa. Ohh ye, lelaki tu comel >.<

Assalamualaikum, tata
Merci Je t'aime :3

1 January 2012

Bestfriends :*

Assalamualaikum, peribahasa harini 'bagai isi dengan kuku' .

Sebab, kita ada buah hati nama dia : Yang Amyra Mazli | Zahirah Othman | Afrina Zailani | Kerry Nadzir | Faros Fadzira | Zafirah Zaidon | Izzati Suhaimi | Izzati Yazid | Farhana Sharieda

Tiba-tiba rindu dekat diorang. Yelah lepas result keluar semua macam ada yang rasa rendah diri. Result tak sama en. Hmph :'/ Bila dah nak start sekolah ni kan kita teringat time makan tepi padang tu. Bawak bekal masing-masing, share lauk. Ahhah 'sardin' aku ingat tak? Sedap en :'> Afie lah kata aku tak reti masak ! Dia lagi ahh masak nasi je kan kan? Ish marah ni. Lepastu 'konon' kata nak merentas desa tu lari sama-sama padahal aku lari dulu haha. Malas lah korang lambat sangat.

Lagi, yang kita tersadai dekat tepi tembok bangunan A tu? Ada Harith* datang tegur Fana. Haha comel >.<
Kamus yang Fyna beli tu ada perkataan korea. PURIYA PURIYA ! Hahaha. Dekat kelas atas pulak, hari-hari dengar lagu patriotik dari sekolah sebelah. Rimas gila. Soo dah terikut sangat lagu patriotik hari-hari berdesing dekat telinga, time sekolah 'kesayangan' kita semua nyanyi lagu apa tah angkat bendera besar tingi-tinggi dengan penuh semangat xD

Lagi? Ohh yang kita merayau mekdi tu. For the first time ada Nikon D3100. Hewhew :3 batak gila buat sepah kat mekdi macam orang gila. Atoto. Then, kita lepak rumah Fyna, buat macam rumah sendiri lari sana lari sini atas bawah. Makan sama-sama dekat dapur elegan dia tu. Fuhh, best (Y) Lepastu photoshoot dekat belakang rumah haha. Ada lagi yang kita karok tu. Sampai hilang suara. Ish -,-

Aku lupa lah --' lagi apa?

Time exam, lepak surau. Lepak bawah pondok depan kelas. Hari koperasi tu :'> Dalam kelas. Ahh btw aku rindu gila dekat korang lah senang kata :') Oh yaa yang pergi apa tuh rumah Fana. Makan banyak-banyak main dengan adik Aiman Alif dekat rumah dia. Makan spagetti. Feww rindunya. Team bola jaring kita tu yang hampir nak menang wuu semua kaki nak luka. Yang 11 haribulan 11, korang cun cun. Conteng baju sekolah macam budak-budak.

And last, KITA BASAH BERSAMA :')

Act banyak lagi lah kan. Selama ni, aku sayang korang semua.

                                                                   


  Iloveyou all muah :*

        
Merci Je t'aime :3